Wednesday, 29 February 2012
JAWATANKUASA PIBG 2011/2012
JAWATANKUASA pibg 2012
PENASIHAT
EN. SISNOTO BIN SANTAR
YANG DIPERTUA
EN. YAHYA BIN ENDUT
NAIB YANG DIPERTUA
EN. BAHARIM BIN SAMURI
SETIAUSAHA
PN. ROSILAH WATI BINTI AHMAD
NAIB SETIAUSAHA
EN. MAZLI B MALEK
BENDAHARI
PN. MAIMUN BINTI ABDUL MANAP
AJK IBU BAPA
AJK IBU BAPA
EN. LAMRY BIN SAAD
EN. MOHD. ALI BIN YUSUF
PN.NORMAH BINTI ISMAIL
PN.NORMAH BINTI ISMAIL
EN. S.SALAHUDDIN BIN SUYURNO
PN. SARIAH BINTI CHE MAN
PN. NORAIDAH BINTI ABD. KARIM
EN. HAMZAH BIN ZAINAL
PN. NORAIDAH BINTI ABD. KARIM
EN. HAMZAH BIN ZAINAL
EN. ALIAS BIN DERAMAN
PN. NOR AIDURA BINTI MUSTHAPA
EN. NASARUDDIN BIN ZAINAL ABIDIN
AJK GURU
TN. HJ. MAT JELAN BIN SAADAN (GPK 1)
PN.HJH.JAMALIAH BINTI ABDUL RASHID (GPK HEM)
PN. SALBIAH BINTI HASHIM (GPK KOKU)
TN. HJ. MAT PAHLAWI BIN KAMIT
PN. SUZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
PN. SUZANA BINTI ZAINAL ABIDIN
PN. ZAINI BINTI SULAIMAN
PN. HJH. ROHANA BINTI DEWA
EN. AMIZA BIN IBRAHIM
PN. ZASHILA BINTI AZIZ
JURUAUDIT
PN. MAZNAH BINTI YUSUF
PN. ROHAYU BINTI RAMLI
Tuesday, 14 February 2012
TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW BAWAH 12 THN SKLENDU
Warga SK Lendu mengucapkan sekalung tahniah kepada pasukan Sepak Takraw SK Lendu kerana telah menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Thn Kawasan Alor Gajah. 2 org pemain kita telah dipilih mewakili Daerah Alor Gajah untuk peringkat negeri...Tahniah diucapkan...
PIBG ORGANISASI PENTING SEKOLAH
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah. Fungsi dan tanggungjawab PIBG amat besar serta mencabar, ke arah meningkatkan akses, ekuiti, kecekapan, keberkesanan dan kualiti pendidikan negara yang lebih komprehensif, berwibawa serta bertaraf dunia. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school-home-community partnership). Disamping itu, PIBG juga mempunyai peranan ‘saling lengkap melengkapi’ terhadap fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.Ia bukan sahaja sebagai entiti yang penting kepada institusi sekolah malah ia menjadi wadah penghubung antara pihak ibu bapa dengan sekolah demi kemajuan pendidikan bersama.
Tujuan-tujuan PIBG seperti dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 adalah
(a) untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid–murid dalam Sekolah dalam menigkatkan imej Sekolah;
(b) untuk membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid–murid dalam kegiatan mereka;
(c) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;
(d) untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam Sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak–anak mereka pada amnya; dan
(e) untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah untuk berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Manakala fungsi PIBG ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan – tujuan persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti;
(a) membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;
(b) menambah sumber kewangan Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah;
(c) meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan masyarakat setempat;
(d) meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (
Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahlian badan ini hendaklah terdiri daripada (
a) semua guru di Sekolah;
(b) ibu bapa kepada murid yang belajar dalam Sekolah ; dan
(c) warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota persatuan oleh pegawai pendidikan daerah atau pegawai pendidikan bahagian atau pendaftar, mengikut mana yang berkenaan ; dan Guru Besar atau Pengetua sekolah hendaklah menjadi anggota ex officio dan Penasihat Persatuan.
PIBG ialah rakan kongsi sekolah. Dalam hal ini, penglibatan PIBG amat perlu bagi memajukan sekolah melalui permuafakatan, perancangan yang teliti, dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru. Kita perlu sedar bahawa sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti, sebagaimana institusi keluarga, masjid, perpustakaan awam, dan sebagainya. Sebagai sebahagian daripada komuniti, maka sekolah mesti didampingi, diaktifkan, dan digerakkan oleh masyarakat di sekelilingnya. Masyarakat terutamanya ibu bapa perlu bersama-sama komited demi kemajuan dan kecemerlangan sekolah.
Cabaran kini dan mendatang dalam pendidikan di sekolah menuntut kita memerlukan PIBG yang mantap organisasinya, sekaligus mempunyai pelan tindakan dan perancangan jangka panjang yang memungkinkannya berfungsi secara aktif dan betul serta tepat kepada sasarannya. PIBG memerlukan kehadiran pemimpin dan pengikut berwibawa serentak. Dengan adanya pemimpin dan pengikut sedemikian, pelbagai perancangan dan tindakan yang dilaksanakan boleh mencapai kejayaan yang diinginkan. PIBG seperti inilah yang boleh menjadi tunjang kemajuan sesebuah sekolah.
Subscribe to:
Comments (Atom)


